KALAU AKU CILI MULUT TU CUMA BERASAP JE ..... TAPI KALAU AKU SELET NGAN GETAH NANGKA ..... MISS SORUUU KAU ....

Sabtu, 22 Oktober 2011

Bolehkah liwat isteri sendiri?”....... “Boleh mengikut hudud PAS"


Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN IV
Seksyen 14. Liwat.

Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Klik 1, Klik 2<<<<<<<<<<< Klik sini >>>>>>>>>>> Klik 3, Klik 4

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri. Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian. Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang ‘panas telinga’ dan menimbulkan kekecohan.

“Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam)Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki…kita faham lah itu… atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna)tidak liwat dalam hudud PAS ini,” kata Zulkifli.
  
Zulkifli juga mendedahkan di dalam enakmen itu berhubung pelantikan hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina di mana sekiranya salah seorang saksi menarik diri maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.


“Bila saya periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi,” katanya.

Menurut Zulkifli, keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Pendedahan Zulkifli mengenai liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mencelah dan mendakwa kenyataan Zulkifli sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan)yang menyokong kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bung Moktar sebelum itu bangun dan bertanya: “Bolehkah liwat isteri sendiri?”, dan Zulkifli menjawab: “Boleh mengikut hudud PAS.”

Salahuddin yang mula berang bangun mencelah dan berkata: “Dia (Zulkifli) tidak boleh tuduh macam itu. Tak ada (suami dibenar meliwat isteri) dalam hudud PAS. Saya nak minta Peraturan Mesyuarat merujuk Kulim-Bandar Baharu dan Kinabatangan kerana mereka mengatakan meliwat isteri itu hudud PAS.”

Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli itu.

Suasana Dewan Rakyat terus kecoh apabila Salahuddin dan beberapa lagi anggota Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker sehingga menyebabkan Zulkifli tidak dapat menjelaskan kenyataan berhubung enakmen itu.

Zulkifli juga tidak dapat meneruskan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 kerana masa yang diperuntukkan kepada seorang anggota Parlimen untuk berbahas selama 20 minit telah tamat.




Betulkah PAS parti Islam ........ kenapa tolak Himpunan Sejuta Umat tetapi Menyertai Himpunan BERSIH?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan