KALAU AKU CILI MULUT TU CUMA BERASAP JE ..... TAPI KALAU AKU SELET NGAN GETAH NANGKA ..... MISS SORUUU KAU ....

Sabtu, 22 Oktober 2011

Bolehkah liwat isteri sendiri?”....... “Boleh mengikut hudud PAS"


Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN IV
Seksyen 14. Liwat.

Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Klik 1, Klik 2<<<<<<<<<<< Klik sini >>>>>>>>>>> Klik 3, Klik 4

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri. Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian. Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang ‘panas telinga’ dan menimbulkan kekecohan.

“Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam)Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki…kita faham lah itu… atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna)tidak liwat dalam hudud PAS ini,” kata Zulkifli.
  
Zulkifli juga mendedahkan di dalam enakmen itu berhubung pelantikan hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina di mana sekiranya salah seorang saksi menarik diri maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.


“Bila saya periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi,” katanya.

Menurut Zulkifli, keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Pendedahan Zulkifli mengenai liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mencelah dan mendakwa kenyataan Zulkifli sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan)yang menyokong kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bung Moktar sebelum itu bangun dan bertanya: “Bolehkah liwat isteri sendiri?”, dan Zulkifli menjawab: “Boleh mengikut hudud PAS.”

Salahuddin yang mula berang bangun mencelah dan berkata: “Dia (Zulkifli) tidak boleh tuduh macam itu. Tak ada (suami dibenar meliwat isteri) dalam hudud PAS. Saya nak minta Peraturan Mesyuarat merujuk Kulim-Bandar Baharu dan Kinabatangan kerana mereka mengatakan meliwat isteri itu hudud PAS.”

Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli itu.

Suasana Dewan Rakyat terus kecoh apabila Salahuddin dan beberapa lagi anggota Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker sehingga menyebabkan Zulkifli tidak dapat menjelaskan kenyataan berhubung enakmen itu.

Zulkifli juga tidak dapat meneruskan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 kerana masa yang diperuntukkan kepada seorang anggota Parlimen untuk berbahas selama 20 minit telah tamat.




Betulkah PAS parti Islam ........ kenapa tolak Himpunan Sejuta Umat tetapi Menyertai Himpunan BERSIH?

Rabu, 19 Oktober 2011

Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut

Mustaffa bin Mat Arof
Biro Media Baru Jerantut yang diketuai Sdr. Mustaffa bin Mat Arof menjemput semua penulis-penulis maya (blogger, Facebooker dan Twitter) hadir ke Majlis Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut. Majlis tersebut akan diadakan pada 26 Oktober 2011 jam 4.30 petang di Rest House Jerantut.

Tujuan menghimpun semua pengamal-pengamal media maya (Blogger, Facebooker dan Twitter) dengan tujuan untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat, pandangan atau idea. Bagi memeriahkan lagi perjumpaan tersebut, blogger-blogger terkenal juga akan djemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. 

Majlis tersebut dijangka akan dirasmikan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut. 

YBM Tengku telah melantik sdr. Mustaffa sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut untuk mengendalikan media baru Jerantut. Beliau juga adalah Pengerusi MAYC Kebangsaan. Beliau bekerja sebagai Senior Manager di Persatuan Francais Malaysia. Mustaffa Mat Arof berkelulusan degree economics dari UUM. Pemegang Master in Information Technology dari UKM. 

Mustaffa Mat Arof segera mengambil langkah mengadakan pertemuan dengan bloggers, Facebookers, Twitters Jerantut. 

Melalui perjumpaan ini diharapkan dapat dikumpulkan seberapa ramai yang mungkin pengamal-pengamal media maya setempat. Kilk Sini dan sini.


Kepada penulis-penulis maya Jerantut, sila sebarkan kepada sahabat-sahabat penulis maya Jerantut untuk hadir ke majlis tersebut.

Ahad, 16 Oktober 2011

RM100,00 UNTUK RAMAS 1 BUAH DADA .......


Isu anak lelaki VVIP dari pulau Pinang yang ditangkap kerana mencabul kehormatan rakan sekelas beliau menjadi semakin panas dengan pelbagai cerita dan berita. Sebelum ini MiM telah menceritakan skandal ramas budak sekolah tersebut KLIK SINI 

Kalau anda ingin tahu spekulasi-spekulasinya baca sini, baca sini, baca sini, baca sini

Apa saja yang mahu kita gelarkan, skandal ke, spekulasi ke atau apa sahaja, pokok tidak akan bergoyang tanpa angin tapi kali ini bukan angin tapi puting beliung!

Rasa-rasanya, ramai sudah membuat spekulasi sendiri tentang VVIP tersebut dan memang benar, bloggers pro-pembangkang terpaksa gigit jari kerana VVIP itu bukan dari BN tetapi dari spesis mereka sendiri.

Ada yang mengatakan terdapat bloggers yang telah memberi perincian tentang skandal tersebut. Itu terpulang kepada penilaian anda sekelian.

Dan kepada si polan VVIP yang semakin rimas ibarat cacing kepanasan itu, teruskanlah berasa rimas dan bertambah kepanasan!

Jika anda fikirkan, siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?


Berita-berita lain ....... klik sini

Khamis, 6 Oktober 2011

KERAJAAN KEDAH BANGKRUP ........???

Kerajaan Pas negeri Kedah menggunakan sebahagian peruntukan penyelenggaraan jalan raya bagi membayar gaji dan kos pentadbiran negeri. Dah tak ada duit ke. Mercedes RM600 ribu boleh pulak beli. Kerajaan Pusat (BN) bagi RM150 juta lebih tapi dibelanjakan cuma RM50 juta lebih je. 


RM100 juta lebih kononnya masuk tabung, rupanya nak tanggung kerajaan negeri ..... bayar gaji wakil rakyat, elaun2 wakil rakyat, beli kereta mercedes kut?? ...... itu duit kerajaan BN bagi untuk baiki jalan untuk kesenangan rakyat la wei ....... kalau jadi kerajaan tak reti nak cari duit baik bubar je kerajaan hamPAS tu ....... hahahahaha ....... konon negara berkebajikan ....... rakyat dapat RM50 juta lebih ..... kerajaan MB Azizan 'kebas' RM100 juta lebih??? Kebajikan apa tu ........

Pastu esok lusa kalau rakyat bising pasal jalan rosak, tak berturap, berlodek, tak buat jalan dan macam2 pasal jalan, maka ada 'point' la kerajaan negeri nak salahkan kerajaan pusat. Kata la nanti kerajaan BN/UMNO abaikan rakyat, tak bagi peruntukan, duit dibazirkan ke tempat lain, pemimpin UMNO songlap duit la dan segala macam tohmahan kepada BN/UMNO .......

Bila kerajaan pusat iaitu kerajaan BN/UMNO bagi peruntukan, mereka gunakan untuk buat perkara lain. Kalau dah tahu sumber pendapatan kerajaan negeri tak berapa ada, tak payah bernafsu besar nak pakai kereta mewah. Kado le ke diri tu ........... 

Kerajaan Pas Kedah anggap tiada isu guna wang peruntukan jalan

Isu penyelenggaraan jalan raya di negeri ini menjadi perhatian apabila ia dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini setelah kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM50 juta sahaja daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM150 juta. Ditanya bilakah projek membaik pulih jalan akan dilaksanakan kerana banyak rungutan diterima. Klik sini.

Makin Sakit… Duit Jalan Rosak Diguna Bayar Gaji, Urusan Tadbir Negeri Kedah

........ kenyataan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam sebuah akhbar semalam bahawa wang daripada lebihan penyelenggaraan jalan itu digunakan termasuk untuk membiayai bayaran gaji dan kos pentadbiran. Cerita lanjut ..... klik sini.

Rabu, 5 Oktober 2011

18SX : Perbuatan yang tak patut dilakukan .....


Fesyen tudung di akhir zaman


Tudung hanya sebagai fesyen sahaja bukan untuk tutup aurat ........ kenapa jadi begini??

Kalau dulu lelaki sering dikaitkan dengan perbuatan yang disebut sebagai gangguan seksual terhadap perempuan samada melalui perbuatan, tulisan, lakaran objek atau bait-bait kata yang berunsur lucah. Lelakilah yang menerima musibatnya akibat nafsu yang melampau. Tapi mungkin tanpa disedari sebenarnya wanitalah yang banyak melakukan gangguan seksual terhadap lelaki.

 Mengikut kajian, lelaki terangsang 30 kali dalam sehari. Kepada kaum Hawa, peliharalah aurat anda dengan sebaik-baiknya. Menutup aurat bukan hanya sekadar pakai tudung. 

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya. Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama.

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. 

Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”

(Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang..... Lelaki buaya darat..... Lelaki mengganggu.... Lelaki sexual harashment..... Siapa suruh buat-buat suara manja?? Siapa suruh gedik-gedik ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel..

HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI!!!

*sekadar nasihat untuk diri sendiri serta untuk pedoman kita bersama.. InsyaAllah..

Wallahu'alam..