KALAU AKU CILI MULUT TU CUMA BERASAP JE ..... TAPI KALAU AKU SELET NGAN GETAH NANGKA ..... MISS SORUUU KAU ....

Rabu, 19 Oktober 2011

Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut

Mustaffa bin Mat Arof
Biro Media Baru Jerantut yang diketuai Sdr. Mustaffa bin Mat Arof menjemput semua penulis-penulis maya (blogger, Facebooker dan Twitter) hadir ke Majlis Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut. Majlis tersebut akan diadakan pada 26 Oktober 2011 jam 4.30 petang di Rest House Jerantut.

Tujuan menghimpun semua pengamal-pengamal media maya (Blogger, Facebooker dan Twitter) dengan tujuan untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat, pandangan atau idea. Bagi memeriahkan lagi perjumpaan tersebut, blogger-blogger terkenal juga akan djemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. 

Majlis tersebut dijangka akan dirasmikan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut. 

YBM Tengku telah melantik sdr. Mustaffa sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut untuk mengendalikan media baru Jerantut. Beliau juga adalah Pengerusi MAYC Kebangsaan. Beliau bekerja sebagai Senior Manager di Persatuan Francais Malaysia. Mustaffa Mat Arof berkelulusan degree economics dari UUM. Pemegang Master in Information Technology dari UKM. 

Mustaffa Mat Arof segera mengambil langkah mengadakan pertemuan dengan bloggers, Facebookers, Twitters Jerantut. 

Melalui perjumpaan ini diharapkan dapat dikumpulkan seberapa ramai yang mungkin pengamal-pengamal media maya setempat. Kilk Sini dan sini.


Kepada penulis-penulis maya Jerantut, sila sebarkan kepada sahabat-sahabat penulis maya Jerantut untuk hadir ke majlis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan